nurul farah farhana

Tuesday 14 May 2013

Pertemuan dan Perpisahan SAHABAT.

Assalamualaikum, tok tok tok... hehehe....
Haiiii semua rasenye dh lame dh x update blog nie...tiup ckit fuh2.. berhabuk2 pulak.
entri nie khusus buat sahabat di TPM college yang tercinta...

khas buat semua  ^__________^

Rindu akan menjadi penghubung kita. sahabat meninggalkan aq demi ilmu dan mengejar cita2.. Doa akan menjadi bahasa serta penghubung di antara kita. aq akan sentiasa teruja mendengar cerita-ceritamu, dan akan sentiasa tersenyum melihat wajah bahagiamu di sana. Seperti bicaranya Kahlil Gibran:
Ketika tiba saat perpisahan,
Janganlah kau berduka,
Kerana apa yang paling kau kasihi darinya,
Mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan,
Seperti gunung yang nampak lebih agung,
Andai dilihat dari padang dan dataran.

Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menyokong sahabat itu dengan senyuman. Dan aku juga berdoa moga-moga suatu hari nanti dapat aku sambut pula kejayaannya dengan senyuman yang lebih indah.

Namun, aq bersyukur mempunyai sahabat <wondergirls> yang prihatin dan gila2 gitu. izinkanlah aku mengakhirinya dengan senyuman. Kerana aku mahu saat akhir kita ini dapat kau kenang suatu hari nanti sambil tersenyum juga. Ceritakanlah kepada anak cucumu nanti betapa suatu ketika dulu kau pernah punya sahabat yang 'sengal' seperti aku. 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Jagalah sahabatku itu sebaik-baiknya. Permudahkanlah hidupnya di sana. Penuhilah hari-harinya dengan senyuman. Sihat sejahterakanlah jasad dan rohaninya. Dan berikanlah hambaMu yang lemah berdosa dan serba kekurangan ini peluang untuk dapat bertahan dan terus bernafas sehingga bertemu mereka semula. Sungguh Kau Maha Mendengar. Amin Ya Robb..

Sarang hae, my friend..
My favourite hello and my hardest goodbye.
Selagi rohku masih belum berpisah dengan jasad,carilah aku dalam susah dan sedihmu.
Dalam sunyi dan tangismu.
I can't promise to fix all your problems.
But I can promise you won't have to face them alone.
Kerana di antara cinta dan sayang, di situ kasihnya sahabat..kasihnya aku.
Pada Tuhan kita sandarkan harapan..

#kepade sahabat jangan la terlalu bersedih mcm aq ye...
 Senyumlah... Bahagiakan dirimu. Kerana kau akan merasai suasana yang baru, bertemu kembali sahabatmu yang lebih dulu mengenalimu, dan bakal berkenalan dengan teman-teman yang baru. Bukan di sini lagi, tapi di sana.

Jujurnya, masih belum puas menghabiskan masa bersama sahabat2  sebaik kamu.. Masih belum cukup kenangan yang telah kita tanam serta bina. Namun, mudah-mudahan kenangan yang ada ini akan terus tumbuh subur, menyemaikan benih-benih kasih di antara kita. Terimalah bahawa kita tidak seharusnya kekal di sini. Juga tidak mungkin dapat sentiasa bersama...
semua sahabat biotech yang aq sayang..
with wondergirls biotech <3



selamanya harimau malaya.
semua kenangan akan aq simpan.

gambar lame yang aq still simpan. heee... time nie kite baru jer  lagi kenal kan?

Kuatkan langkah ke tempat yang baru itu. Bumi bertuah yang menjanjikan 1001 pengalaman indah buatmu. Untuk melangkah jauh dan bertapak dalam lembaran baru hidupmu, kau tak boleh membawa sahabat yang sepertiku ini bersama. Sahabat yang mungkin hanya akan membataskan dan memperlahankan aturan hidupmu. Itu harga sebuah kejayaan.

Nikmat Allah di mana-mana. Percaya janji Tuhan. Cantik kerja Tuhan. Di sana juga akan ada keberkatan rezekimu. Siapa tahu, mungkin di sana juga ada keindahan cinta menantimu. Kerana sahabatmu ini sentiasa percaya, anak yang baik, kakak yang baik dan sahabat yang baik sepertimu akan ditemukan Allah dengan seseorang yang baik juga, yang akan membahagiakan dirimu wahai sahabat..
 *** to all wondergirls biotech pojiah, naimah, yusra dan fatin selamat berjaya semua. x mau sedih2.. kalau rindu2 tu jangan lupe datang jenguk kami di tpm ye...  aq bersyukur dapat sahabat yang mcm korang. disini aq nak mohon maaf kalau de tersalah kate, terluka kan hati korang atau tergurau yang x tentu hala. mintak maaf sgt2. halal kan makan minum aq ye. jangan lupa aq. ingt walau ape pon jadi jangan lupe kami yang di tpm college... kalau blek perak tu boleh la jmpe2 kite lepak di mane2... lagi satu yang pasal pergaduhan yang dlu tu jgn risau aq dh lupakan.. semua yang berlaku ade hikmahnnya kan? aq harap sgt2 kowang semua happy. jgn lupe doakan yang terbaik tuk aq ye...
aq mesti akan rindu kt korang. harap korang pon same..ingt pesan aq jgn smpai dibuli. ingt semua yang aq penah pesan kat korang. yang paling penting jaga diri leklok. then jgn lupe nanti kawin jgn lupe ajak aq k....  ^______________^

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..



 # thanks kepade semua pembace blog nie... thanks jugak kepade yang sudi follow blog nie ye...
done update! nantikan entri seterusnya ye. ^___________^